
TESLA ROADSTER BAHARU DILENGKAPI TEKNOLOGI PENYEDUT UDARA, MAMPU KEKAL MELEKAT PADA PERMUKAAN JALAN
Teknologi inovatif tersebut menggunakan sistem kipas khas di bahagian bawah kenderaan yang berfungsi menyedut udara keluar, lantas mewujudkan kawasan bertekanan rendah. Sistem ini didakwa mampu menjana daya sedutan atau downforce sehingga 2 daya graviti (2g), yang secara teorinya cukup kuat untuk menahan kereta tersebut walaupun dalam kedudukan terbalik.







