KUCHING | 28 SEPTEMBER 2026 - Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Anuar Fariz Fadzil mengetuai delegasi dalam kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Pertemuan itu membincangkan potensi kerjasama bagi memperkukuh pembangunan infrastruktur digital di Sarawak.
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk pembangunan ekosistem pusat data dan industri semikonduktor, selain usaha memperkukuh infrastruktur digital khususnya di kawasan luar bandar.
Perbincangan turut menyentuh potensi pembangunan pusat pemenuhan (fulfilment centre) bagi menyokong aktiviti e-dagang serta rangkaian logistik di rantau BIMP-EAGA.
Kerjasama strategik antara MDEC dan Kerajaan Sarawak dilihat memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem ekonomi digital serta pembangunan infrastruktur yang dapat menyokong pertumbuhan industri berasaskan teknologi di negeri ini.





