KUALA LUMPUR | 15 Oktober 2026 - WhatsApp kini memperkenalkan ciri terbaharu dikenali sebagai 'Panggilan Tetamu' yang membolehkan pengguna menyertai sesi panggilan tanpa perlu memiliki akaun aplikasi berkenaan.

IMG_6752

Bagi menjamin keselamatan dan privasi pengguna, tetamu yang menyertai menerusi pautan jemputan tidak mempunyai akses untuk melihat nombor telefon peserta lain, menghantar mesej dalam sembang panggilan, atau menambah peserta baharu secara terus ke dalam panggilan. — Foto: Amanz 

Menerusi paparan fungsi pautan panggilan tersebut, sesiapa sahaja boleh menggunakan pautan jemputan yang dikongsikan untuk menyertai panggilan berkenaan walaupun mereka tidak mempunyai WhatsApp.

Pengguna yang bertindak sebagai hos dinasihatkan agar hanya berkongsi pautan panggilan tersebut dengan individu yang dipercayai sahaja.

Bagi memastikan kawalan keselamatan dan privasi terpelihara, tetamu yang ingin menyertai panggilan menerusi pautan itu perlu mendapatkan kelulusan daripada hos terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.

Selain itu, akses bagi peserta berstatus tetamu turut dihadkan sepanjang panggilan berlangsung. Tetamu tidak boleh melihat nombor telefon peserta lain, tidak boleh menghantar mesej, serta tidak dibenarkan menambah peserta baharu ke dalam panggilan berkenaan.