KUALA LUMPUR, 14 Nov — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas ke Manila, Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang dijadualkan berlangsung sehingga Selasa depan.

IMG_2004

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas dari Pangkalan Udara Subang menuju ke Manila, Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan - Kredit Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Menerusi hantaran di laman media sosial rasminya hari ini, beliau memaklumkan bahawa penyertaan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan negara di peringkat serantau.

Menurut beliau, Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan serantau, merapatkan persefahaman serta memperluas jaringan kerjasama demi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.

"Mohon doa semua agar perjalanan dan segala urusan dipermudah, serta misi ini membuahkan hasil yang bermakna buat Malaysia dan seluruh rantau ASEAN," katanya.