Gabungan Parti Sarawak (GPS) meneruskan langkah peremajaan kepimpinan apabila menampilkan Nor-E-Fadzwie Salleh sebagai calon muka baharu bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

IMG_3341


Pencalonan beliau dibuat bagi menggantikan penyandang terdahulu, Dato Mohd Chee Kadir yang berundur untuk memberi laluan kepada barisan pelapis.

Berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perjuangan politik, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong itu membawa pengalaman luas dalam sektor pembangunan dan pembinaan sebagai nilai tambah kepada pengundi setempat.  

Pada PRN-13 kali ini, kawasan N.40 Kabong merekodkan seramai 12,982 pemilih berdaftar, meningkat sebanyak 3,695 pengundi atau 39.79 peratus berbanding pilihan raya negeri pada 2021