Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan tenaga profesional muda apabila menamakan Nurfatin Syafawani Tahamat, 34, sebagai calon muka baharu bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.71 Bekenupada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Pencalonan anak jati Kampung Kelulit, Bekenu itu dibuat bagi menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Rosey Yunus yang berundur selepas berkhidmat selama empat penggal di kawasan berkenaan.
Berbekalkan pengalaman selama 10 tahun dalam bidang kejuruteraan termasuk berkhidmat sebagai jurutera kanan di Jabatan Elektrifikasi Luar Bandar, Sarawak Energy Berhad (SEB) sejak 2018 kehadiran Nurfatin sebagai calon termuda GPS dilihat membawa pendekatan teknikal dan segar kepada pengundi tempatan.
Pada PRN-13 kali ini, kawasan N.71 Bekenu merekodkan seramai 20,878 pemilih berdaftar, meningkat sebanyak 8,204 pengundi atau 64.73 peratus berbanding daftar pemilih pada PRN 2021.





