IMG_3337

Gabungan Parti Sarawak (GPS) meneruskan langkah peremajaan kepimpinan apabila menamakan Awang Nashfarini Awang Sarbini, 38, sebagai calon muka baharu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.  

Pencalonan beliau dibuat bagi menggantikan penyandang terdahulu, Dato Razaili Gapor yang berundur untuk memberi laluan kepada barisan pelapis.

Dilahirkan di Kampung Pusa dan dibesarkan di Kampung Beladin, Awang Nashfarini memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Pengangkutan dan Logistik serta pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus di TH Plantation Berhad.  

Pada PRN-13 kali ini, kawasan N.29 Beting Maro merekodkan seramai 16,211 pemilih berdaftar, meningkat sebanyak 5,117 pengundi atau 46.12 peratus berbanding pilihan raya negeri sebelum ini.