KABONG, 19 Nov — Yang Berbahagia, Dato Mohd Chee Kadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin meluangkan masa menyantuni masyarakat setempat dengan menunaikan solat berjemaah bersama penduduk di Surau Darul Taqwa Sungai Endot, di sini, hari ini.

IMG_2569

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir (kiri) bersama Kaunselor Majlis Daerah Saratok, Haji Oleh Tabur ketika meluangkan masa menyantuni penduduk di Surau Darul Taqwa Sungai Endot, Kabong - Foto: BNOW

Turut bersama-sama mengimarahkan program keagamaan berkenaan ialah Kaunselor Majlis Daerah Saratok, Tuan Haji Olen Tabur.

Kehadiran pemimpin setempat dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan di surau tersebut mencerminkan komitmen berterusan untuk sentiasa mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Selain mengimarahkan institusi surau, kesempatan berkenaan turut menjadi platform mengeratkan lagi ukhuwah serta hubungan silaturahim antara kepimpinan kawasan dengan komuniti setempat.