KABONG, 21 Nov - Majlis bertemakan ‘Menggapai Kecemerlangan, Dari Asrama Ke Universiti’ yang berlangsung di sini hari ini diadakan bagi mengiktiraf pencapaian, usaha serta kesungguhan para pelajar asrama dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dalam Majlis Anugerah Pelajar Asrama (APA) SMK Kabong. Satu penghargaan atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan usaha melahirkan pelajar yang cemerlang - Foto: Smk Kabong
Pemilihan tema berkenaan membawa mesej bahawa asrama bukan sekadar tempat penginapan semata-mata, sebaliknya berperanan sebagai titik permulaan dalam membentuk disiplin, jati diri serta kecemerlangan pelajar sebelum melangkah ke menara gading.





