Menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-13, seramai 2,051,596 orang pemilih berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab mereka di 82 buah kerusi DUN yang dipertandingkan.

IMG_1313

Pecahan pemilih ini merangkumi 2,027,093 pengundi biasa, 13,578 anggota tentera dan pasangan, serta 10,925 anggota polis dan pasangan, berdasarkan Daftar Pemilih Terkini (DPT) setakat 31 Ogos 2026.

Bagi melancarkan proses pembuangan undi, sebanyak 1,943 pusat mengundi biasa dengan 4,482 saluran serta 1,448 barung disediakan.

Majoriti pusat mengundi biasa ditempatkan di sekolah (1,128) dan rumah panjang (463), di samping dewan (206), balai raya (97), serta fasiliti lain seperti perpustakaan, dewan komuniti, tadika, klinik desa dan surau (49).

Manakala bagi undi awal, sebanyak 83 pusat mengundi awal membabitkan 106 saluran dan 20 barung dibuka, yang kebanyakannya beroperasi di Dewan IPK/PD/Kem Tentera/PLKN (65), sekolah (1), dan lokasi berkaitan lain (17).

Dari sudut keselamatan dan pengurusan sumber manusia, seramai 7,469 daripada keseluruhan 9,979 anggota PDRM Sarawak (74.85%) digerakkan khusus bagi penugasan PRN, sementara 2,510 anggota (25.15%) kekal memastikan tugas harian berjalan lancar. 

Selain itu, seramai 889 bantuan luar turut dilibatkan bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Ikuti laporan penuh dan analisis terkini mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak bersama BNOW di bnow.my.