BAU, 19 Nov — Penduduk Kampung Stass di sini kini dapat menikmati kemudahan komuniti yang lebih selesa susulan siapnya kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Rumah Gawai kampung berkenaan menerusi inisiatif Program Kampung Angkat MADANI.

Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, Leonard Wilfred Yussin menandatangani plak perasmian sebagai simbolik Majlis Penyerahan Program Kampung Angkat MADANI bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Rumah Gawai Kampung Stass, Bau, hari ini - Foto: Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Majlis penyerahan projek di bawah kelolaan Perbendaharaan Malaysia Sarawak itu berlangsung hari ini dan disempurnakan oleh Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak, Leonard Wilfred Yussin.
Pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih serta menaik taraf kemudahan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui Kementerian Kewangan dalam memperkasakan infrastruktur asas dan kesejahteraan masyarakat luar bandar di Sarawak.





