TEBEDU | 3 November 2026 - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) terus mempergiat pemantauan di pintu masuk antarabangsa negara menerusi lawatan kerja Ketua Pengarahnya, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, di sini hari ini.

IMG_1028

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain bergambar kenangan bersama pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan sempena lawatan kerja meninjau kesiapsiagaan operasi serta kawalan keselamatan di Kompleks ICQS Tebedu, Sarawak. Foto: Ihsan AKPS 

Fokus utama lawatan di kawasan sempadan darat Malaysia–Indonesia ini tertumpu kepada usaha memperkukuh penyelarasan antara agensi penguatkuasaan berkaitan dan memastikan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi membendung kegiatan rentas sempadan yang menyalahi undang-undang, termasuk isu penyeludupan dan pencerobohan tanpa izin.

AKPS dalam satu kenyataan menegaskan komitmen agensi berkenaan untuk sentiasa memperkukuh benteng sempadan negara secara bersepadu, responsif, dan berkesan demi memelihara keselamatan serta kedaulatan tanah air, di samping menjamin ketenteraman komuniti setempat di kawasan sempadan.

Kompleks ICQS Tebedu merupakan pintu laluan darat yang penting dan strategik antara Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia, menjadikannya antara sektor tumpuan utama dalam pengukuhan pengurusan sempadan negara di wilayah Borneo.