JAKARTA | 17 Oktober 2026 - Isu kebakaran hutan dan tanah (Karhutla) di Indonesia yang mencetuskan krisis jerebu rentas sempadan turut mendapat perhatian serius daripada pendakwah terkenal negara itu, Ustaz Abdul Somad.

IMG_7210

Tangkap layar hantaran di platform Threads oleh pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad yang mendoakan azab ke atas pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kebakaran hutan dan jerebu. — Foto: Threads (@ustadzabdulsomad_official)

Menerusi satu hantaran di platform Threads, tokoh agama berkenaan secara terbuka mendoakan empat bentuk azab agar ditimpakan ke atas pihak-pihak yang menjadi dalang dan punca kepada kemusnahan alam tersebut.

Doa yang dipanjatkan oleh beliau itu secara khusus ditujukan kepada lima golongan utama yang disifatkan bertanggungjawab atas krisis ini.

Golongan tersebut merangkumi individu yang membakar hutan, pihak yang memberikan izin untuk membakar hutan, serta pihak berkuasa yang sekadar berdiam diri melihat hutan dibakar walaupun mereka mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Selain itu, Ustaz Abdul Somad turut menyasarkan doanya terhadap mereka yang menyalahgunakan atau mengkorupsi dana bantuan untuk kebakaran hutan, berserta pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada bencana kebakaran tersebut.

Luahan tegas daripada ulama itu mencerminkan kekecewaan mendalam terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang bukan sahaja merosakkan kelestarian alam, malah membawa kemudaratan jerebu yang kini turut menjejaskan rakyat di negara-negara jiran.