SARIKEI, 12 Oktober 2026 — Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping 4.0 berlangsung meriah di Sebangkoi, Bahagian Sarikei, dengan penyertaan seramai 380 peserta dari seluruh Malaysia.
Program anjuran Duton Club dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Bahagian Sarikei itu menarik penyertaan pelari dari pelbagai wilayah, termasuk Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Laluan hutan hujan tropika Sebangkoi menjadi tarikan utama acara yang menguji ketahanan fizikal serta semangat peserta dalam suasana alam semula jadi.
Program dirasmikan oleh wakil Timbalan Residen Sarikei, Puan Suzi, bersama wakil penaja rasmi daripada TA ANN Group, Encik Ling Kuok Wei.
Penganjuran edisi keempat ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM39,000, sekali gus menambah tarikan kepada peminat sukan larian denai.
Duton Club merakamkan penghargaan kepada semua peserta, rakan strategik TA ANN dan Sarawak More To Discover serta Pejabat Residen Bahagian Sarikei atas sokongan menjayakan program tersebut.





