KUCHING, 11 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan pengaktifan Pusat Panggilan (Call Centre) khas bagi melancarkan urusan pertanyaan dan semakan maklumat orang ramai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

IMG_1745


Menerusi pemakluman rasmi tersebut, talian perkhidmatan berkenaan beroperasi setiap hari bermula Isnin hingga Ahad dari jam 9.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Bagi hari Jumaat, sesi operasi pusat panggilan tersebut akan ditangguhkan seketika bagi waktu rehat bermula jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang sebelum kembali bersambung seperti biasa.

Orang ramai, khususnya para pengundi di Sarawak yang memerlukan penjelasan atau maklumat lanjut berkaitan proses pengundian serta urusan pilihan raya, boleh menghubungi terus talian hotline SPR di 03-8892 7218.

Selain talian terus, maklumat terperinci mengenai daftar pemilih, pusat mengundi dan garis panduan pilihan raya turut boleh diakses menerusi portal rasmi agensi tersebut di www.spr.gov.my.