KUALA LUMPUR | 7 November 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan rombakan barisan kepimpinan membabitkan pertukaran dan pemangkuan pangkat 19 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 7 Disember 2026.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya memaklumkan penstrukturan ini menyaksikan pertukaran kepimpinan tertinggi kontinjen negeri, khususnya bagi Sarawak dan Sabah.

Mendahului senarai di Bumi Kenyalang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu dengan memangku pangkat Pesuruhjaya Polis (CP).

Kekosongan kerusi nombor dua Kontinjen Sarawak pula diisi oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zailanni Amit yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat Deputi Pesuruhjaya Polis (DCP).

Bagi Kontinjen Sabah, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Datuk Victor Sanjos dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat CP. Tempat beliau di ESSCOM digantikan oleh Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Sabah, SAC Datuk Abdul Fuad Abdul Malek dengan memangku pangkat DCP.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, CP Dato' Mohammad Shaharul Md Osman bertukar portfolio sebagai Ketua Polis Pahang.

Manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Dato' Mohd Yusri Othman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.

Antara pertukaran lain yang diumumkan melibatkan:

  • SAC Rahimi Ra'ais: Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
  • ACP Zailani Mohd Yusoff: Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan/Operasi Kedah dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang (memangku SAC).
  • ACP Suhana Adenan: Dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman (memangku SAC).
  • ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa: Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Am) Bahagian Kepolisan Am JKDNKA Bukit Aman (memangku SAC).
  • ACP Yusri Mahmud: Dilantik sebagai Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas JKDNKA Ulu Kinta, Perak (memangku SAC).
  • ACP Awang Arfian Awang Bujang: Dilantik sebagai Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras (memangku SAC).
  • ACP Mohd Irwan Rasul: Pegawai Tugas-Tugas Khas (1) DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (memangku SAC).
  • ACP Dasuki Che Driss: Timbalan Ketua JPJKK Sarawak dilantik sebagai Ketua JKDNKA Sabah (memangku SAC).
  • ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak (memangku SAC).
  • Supt Suffian Abdullah: Dilantik sebagai Ketua JSPT Kuala Lumpur (memangku ACP).
  • Supt Azrol Anuar Nor: Dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Johor Bahru Utara (memangku ACP).
  • Supt Yampil Anak Garai: Ketua JSPT Sabah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Sabah (memangku ACP).
  • Supt Mohammad Shofee Tayib: Dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kedah (memangku ACP).

PDRM menegaskan langkah pengukuhan perjawatan ini dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan tahap kecekapan operasi serta pengurusan pentadbiran pasukan sentiasa berada pada tahap cemerlang.

IMG_1393
IMG_1394
IMG_1395
IMG_1396
IMG_1397