PUTRAJAYA | 1 OKTOBER 2026 — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Tun Dr Mahathir tiba kira-kira 11.05 pagi dengan ditemani ahli keluarga dan meluangkan masa di sisi pusara Allahyarhamah sebelum beredar.
Beliau dilaporkan menadah tangan membaca doa serta menaburkan bunga mawar di pusara isterinya dalam suasana hening.
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun dan selamat dikebumikan di Pusara Negara pada hari yang sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
Lawatan itu berlaku selepas Tun Dr Mahathir menjalani pemerhatian dan rawatan berkala di Institut Jantung Negara (IJN).
Tun Dr Mahathir dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 1956 dan menjalani kehidupan bersama selama kira-kira tujuh dekad.





