KABONG | 9 OKTOBER 2026 — Dua wanita mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal di Jalan Pantai Tanjung Kembang, Kabong, kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Kedua-dua mangsa dibantu orang awam yang membawa mereka ke Klinik Kesihatan Kabong untuk mendapatkan rawatan.

Orang ramai yang melalui kawasan berkenaan dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika menggunakan jalan raya.

Sumber: Maklumat awal kejadian

Disediakan Oleh: Rizal Fadli | Kemalangan & Bencana

#BNOWMY #Kabong #Sarawak #KemalanganJalanRaya #KeselamatanJalanRaya