KUALA LUMPUR | 28 SEPTEMBER 2026 - Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya hari ini.
Menurut atur cara Istiadat Pengebumian Negara, jenazah dijadual bergerak dari Institut Jantung Negara (IJN) ke kediaman keluarga di The Mines Residence, Seri Kembangan, Selangor pada 11.30 pagi.
Jenazah kemudian dijadual bergerak dari kediaman keluarga ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan pada 1.30 petang.
Urusan pengurusan jenazah dijadual berlangsung dari 1.45 hingga 2.45 petang, diikuti sesi penghormatan terakhir dari 3 hingga 4 petang.
Solat Asar dan solat jenazah dijadual dilaksanakan pada 4.15 petang sebelum jenazah bergerak dari masjid ke Pusara Negara pada 4.30 petang.
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada usia 100 tahun.





