KUALA LUMPUR | 30 SEPTEMBER 2026 — Nepal bersetuju membantu mempercepat proses pengesahan status 55 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana di negara itu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Perdana Menteri Nepal Balendra Shah menerusi perbualan mereka semalam.
Susulan perkembangan itu, Anwar mengarahkan Peguam Negara mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Nepal bagi mempercepat proses pengesahan berkenaan.
Fahmi berkata proses tersebut melibatkan aspek perundangan dan mahkamah, justeru Peguam Negara ditugaskan untuk mempercepat urusan berkenaan.
Malaysia sebelum ini mencadangkan supaya satu mekanisme rasmi diwujudkan sekiranya 55 rakyat Malaysia yang hilang dalam bencana di Nepal gagal ditemukan.
Menurut Anwar, mekanisme berkenaan penting bagi membantu keluarga mangsa menguruskan urusan berkaitan aspek undang-undang, kewangan dan pentadbiran.
Seramai 55 rakyat Malaysia dilaporkan hilang susulan banjir besar dan runtuhan glasier yang melanda Nepal pada 26 Ogos lalu.





