PUTRAJAYA | 28 SEPTEMBER 2026 - Jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya sekitar 6.38 petang ini.

Allahyarhamah dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara sebagai penghormatan terakhir atas jasa dan sumbangan beliau kepada negara.

Istiadat pengebumian turut melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi pada usia 100 tahun.