Sehari sebelum Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan senarai penuh 82 calon esok, lima penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah pun mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Senarai yang dikongsikan empat daripada mereka ialah wakil rakyat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), manakala seorang lagi merupakan penyandang kerusi Bawang Assan:

IMG_3248


  • 1. Dato Idris Buang – N.16 Muara Tuang (GPS-PBB)
  • 2. Awla Dris – N.25 Simunjan (GPS-PBB)
  • 3. Dato Razaili Gapor – N.29 Beting Maro (GPS-PBB)
  • 4. Dato Mohd Chee Kadir – N.40 Kabong (GPS-PBB)
  • 5. Dato Sri Wong Soon Koh – N.53 Bawang Assan (keluar PDP, namun kekal bersama GPS)

Pengunduran empat wakil rakyat di Muara Tuang, Simunjan, Beting Maro dan Kabong membuka laluan kepada muka baharu dalam PBB untuk mengambil alih kawasan berkenaan.

Di Bawang Assan pula, keputusan Dato Sri Wong Soon Koh dibuat selepas beliau meninggalkan Parti Demokratik Progresif (PDP), walaupun masih menyatakan sokongan kepada GPS.

Kerusi itu sebelum ini merupakan kawasan tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebelum berlakunya pertindihan tuntutan antara parti komponen.

Dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 28 November dan pengundian pada 12 Disember, pengumuman esok bakal menjawab siapa yang dipilih untuk mengisi kelima-lima kerusi tersebut.