PUTRAJAYA | 15 Oktober 2026 - Malaysia merekodkan penurunan jumlah kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2025, sekali gus memperlihatkan trend penurunan kelahiran di negara ini.
Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, kadar kesuburan wanita di Malaysia turut mencatatkan kemerosotan kepada 1.5 anak bagi tempoh yang sama.
Berdasarkan laporan Perangkaan Penting, Malaysia, 2026 yang diterbitkan hari ini, sebanyak 396,175 kelahiran hidup telah direkodkan sepanjang tahun lepas. Jumlah tersebut menunjukkan pengurangan sebanyak 18,743 kelahiran berbanding 414,918 kelahiran yang dicatatkan pada tahun 2024.
Menurut DOSM lagi, penurunan jumlah kelahiran itu turut menyaksikan kadar kelahiran kasar (CBR) merosot kepada 11.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk berbanding 12.2 kelahiran pada tahun sebelumnya.





