SARIBAS | 27 SEPTEMBER 2026 - Dua anak jati kawasan Saribas, Zaini Sidi dan Abdul Wahab Jimi, bakal mewakili Sarawak pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55, Mr Malaysia 2026.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Menurutnya, kedua-dua atlet berkenaan aktif menyertai pertandingan bina badan di peringkat negeri dan kini diberi peluang membawa nama Sarawak ke pentas kebangsaan.

Kejohanan Mr Malaysia 2026 dijadual berlangsung dari 1 hingga 5 Oktober ini di ABC Grand Ballroom, Urban Inn Alor Setar, Kedah.

Penyertaan Zaini dan Abdul Wahab bukan sahaja menjadi peluang untuk menguji kemampuan di peringkat kebangsaan, malah membawa aspirasi komuniti Saribas dan Sarawak dalam arena bina badan negara.