Siapakah wakil rakyat yang membawa suara masyarakat Tanjong Datu?

Azizul Annuar Pehin Sri Adenan merupakan ADUN N.3 Tanjong Datu daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di bawah gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Beliau memenangi kerusi tersebut pada PRN Sarawak 2021 dengan majoriti 4,502 undi.

White Black Minimalist Happy Working Facebook Post


Antara projek pembangunan yang menjadi perhatian di kawasan ini termasuk pembangunan Waterfront Sematan, naik taraf 19 unit Gerai Makan Sematan dengan peruntukan RM926,030, projek infrastruktur bekalan air di Lundu dan Sematan serta pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan pesisir pantai bernilai RM12.6 juta.

Selain itu, beberapa projek infrastruktur luar bandar turut dilaksanakan, termasuk pembinaan jambatan, naik taraf jalan kampung, dewan serbaguna dan kemudahan awam di kawasan penduduk.

Secara keseluruhan, sebanyak 38 projek pembangunan bernilai RM154.8 juta dikenal pasti bagi kawasan N.3 Tanjong Datu dalam pemantauan pembangunan daerah Lundu pada April 2026.

APA HARAPAN PENDUDUK TANJONG DATU?

Masyarakat pastinya mahu melihat pembangunan yang dirancang benar-benar sampai kepada penduduk, masalah bekalan air dan jalan perhubungan diberikan perhatian serta peluang ekonomi tempatan terus diperkasakan.

Persoalannya, sejauh manakah perubahan yang dirasai masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatan wakil rakyat sekarang?

Kami ingin mendengar suara anda.

Penduduk Tanjong Datu, apakah perkara paling utama yang perlu diberikan perhatian oleh wakil rakyat kawasan ini?

Adakah bekalan air, jalan raya, kemudahan awam, peluang pekerjaan atau pembangunan ekonomi setempat?