LAWAS | 1 OKTOBER 2026 — Lawas Street-Sale Fiesta Edisi 3 dijadualkan berlangsung selama empat hari di Taman Awam Lawas bermula hari ini hingga 4 Oktober 2026.

Menurut hebahan penganjur, acara berlangsung dari 10 pagi hingga 11.59 malam setiap hari dengan kemasukan percuma kepada pengunjung.

Pelbagai pengisian disediakan termasuk konsert, persembahan live band, karaoke, makanan, pakaian, jualan bundle dan aktiviti hiburan.

Bagi pengisian konsert, Yazer dan Ekin dari Akademi Fantasia bersama Generation Band dijadual membuat persembahan pada 3 Oktober, jam 8 malam.

Pada 4 Oktober, jam 8 malam, pengunjung pula bakal disajikan persembahan Shidi Data bersama Generation Band.

Penganjur turut menggalakkan orang ramai membawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan acara berkenaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan acara boleh dibuat melalui nombor 016-879 4737 atau 014-749 9046.