KUALA BELAIT | 14 Oktober 2026 - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pekan Kuala Belait 'B' telah menganjurkan acara larian malam, KB Night Run 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah di sini, baru-baru ini.
Pertandingan larian tersebut merupakan salah satu pengisian utama di bawah Acara Keraian Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 bagi Tahun 2026 untuk Peringkat Daerah Belait.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis sekali gus menyempurnakan acara pelepasan para peserta larian ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Yang Mulia Amirul Shukri bin Haji Hafneh.
Penganjuran aktiviti riadah waktu malam ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaan diraja di peringkat daerah, malah menjadi platform terbaik dalam memupuk amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti setempat.





